Sunday, October 25, 2009

Pada suatu hari di sekolah, seorang pelajar bertanya kepada seorang guru.Ketika itu, guru tersebut sedang mengajar tentang ' Kasih Sayang '.

Pelajar : Cikgu, macam mana nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana juga kasih yang itu nak kekal?

Cikgu : Baiklah, kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Jalan terus sambil pandang rumput di hadapan kamu.Petik yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun.Sudah petik rumput tu, bawa ke kelas.

Bila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipetik?

Pelajar : Macam yang cikgu suruh, saya jalan terus ke hadapan sambil mencari rumput yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi.Tapi, sampai di hujung padang itupun, saya masih tidak menjumpai rumput yang PALING cantik.Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING cantik. Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang lagi.Jadi tak adalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, bila kita sudah jumpa seseorang yang kita sayang, janganlah lagi kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita sepatutnya menghargainya sebaik-baiknya.Janganlah menoleh ke belakang lagi kerana yang belaku tetap dah belaku.Dan ingatlah orang yang PALING kita sayang itulah yang PALING cantik dan PALING baik.Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti kisah rumput tersebut...

Thursday, October 1, 2009

sAlam sYawaL...!!!

Assalamualaikum..=D
Madrasah Ramdhan yg penuh brakah telah pn berlalu,syawal pula mnjelma..
smoga amaln kte di bulan Ramadhan dtrima Allah, dan mndpt kberkatn serta rahmat dr-Nya..InsyaAllah.

hA!msh bElum terlambt lg utk kmi mngucapkan,
"Slamat mNyamBut hAri rAya AidiLfitri...!! mAaF zHir & bAtiN.."
bwt sume warga tesmal..
"Alunan takbir begema lagi,
Tanda muncul hari yg murni,
Lalu kuhulur ucapan ini,
Tanda korang tdk dilupai.." =D
Maaflah,lmbt update..sume buzy dgn exam dan mcm2 lg aktiviti..
lme dh tak dgr khbr sume..pe crite ea??!!
sume mcm mnyepi jer..so,gne lah blog nie,utk share story tntg diri korg..
Eyt,mnyimpang ke len plak..huhu..
oryte!! ucpan nie,tnde yg ktorg x pernah lupakn korg smada x tesmal or stdnt yg msh d tesmal sume..
Bisanya bile sebut je pasl syawl..of cOurse korg akn fkir "dUiT rAyA!!"..
Hahaha..mcm besa kn..fuuH..!! bpe bnyak korg dpt duit raya taun nie?? he5..=D
msti bnyk punyerkn..Alahai,dh dpt bnyk,hulur2 sket..huhuu..=P
Okeyh,raya2 jgk..duit raya2 jgk..
Tp igt,pe tujuan utama kte mnyambut hari raya..
bkn saje pergi rumah sedare2,kwn2,cg2 or madam2 ke sir2 ke..sape2 lh...
utk mkn kuih raya n dpt duit rAyA jEr..
Tp, mse nielh kte dpt eraTkn hubungan silaturrahim sesame mnusia..
tak gitu??!! hehhee..
raya akn meriah jika tujuan dan niat tu betul..
yelah,kkdg tu, de org staun skali je dpt jmpe sdare mare..
so,mse nie r sume org bkak kedai kopi mlepak dan crite mcm2..mngenal sdare ngn lbh dekt..hehhee..
Dlm mlepak tue,b'ingt yea..tak bek mngumpat..bErdOsaAaa..Hehehe..
Aidilfitri hari kemaAfan,
MeNghapus ksAlaHn sEsama iNsan,
Mempuk p'pAduaN sEsaMa eHsan,
MengikAt taLi kEaKrapaN..
Bkn tu sje,d hari raya nie jelah..mulut kte akn ringn mngucp maaf.
jd pohonlh maaf kpd sume org tak kre kpd sspe pn..yelah mne taw,dlm bershbt, dlm bergurau, dlm bertutur, de wt salh..sme de sdr atau tdk..
tak rugi pn kte mmohon maaf atau mmaafkan org len..mlah,menguntungkn kte..
pohonlah maaf dgn pnuh kjujuran dan keikhlasan..
KaTa IMAM AL-GHAZALI:
"Yg jAuh itu wAktu,
Yg dEkat itu mAti,
Yg bEsar itu Nafsu,
Yg bErat itu amAnah,
Yg mudAh itu b'buAt dOsa,
Yg pnjaNg itu aMal sOleh,
&
Yg indAh itu saLing memAafkan.."
Jap2!!! Akhir pantun..huhuhu..Psanan t'akhir..
"Anak gajah b'wajah cuN,
Nampak tikus tErus Larri..hahha(maaf gajah cun..hu2)
Jangn sesekali mAin mErcun,
Nnti tak pAsal2 iLang jaRi..uuu."
INGAT TAW!!!
SeLaMt hAri RaYa sEmuA...!!!! =D
salam ingtan dr warga xtesmal..
pEace nO wAr..=D

Saturday, August 15, 2009

RAMADHAN YANG DINANTIKAN


Assalamualaikum wbt....
Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita masih lagi diberi peluang untuk mengabdikan diri kepada-Nya... Selawat dan salam buat kekasih hati yang tak pernah mati dihati, tiada di dunia tetapi tetap hidup subur di dalam jiwa ini... Nabi Muhammad SAW.... Begitu pantas masa berlalu... Hingga kita tidak sendari bahawa ramadhan kian hampir... Sekali lagi bersyukur kerana kita masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini... Bagaimana persiapan kita untuk menyambut Ramadhan kali ini??? Sudah bersediakah untuk kita menyambut Ramadhan kita kali ini?? Firman ALLAH SWT dalam Al-Quran yang bermaksud, " Bulan Ramadhan di dalamnya diturunkan Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda (antara yang benar dan yang bati)." [surah al-Baqarah:85]

Bulan Ramadhan bulan yang diturunkan Al-Quran ini amat berlainan sekali dengan bulan-bulan lain dari segi suasananya.Bulan syaitan dibelenggu dari mengacau dan menghasut manusia. Disiang hari umat Islam dari seluruh pelusuk dunia disuruh berpuasa iaitu menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari. Bahkan umat Islam juga disuruh menahan diri dari melakukan perbuatan yang boleh membatalkan puasa. Bulan Ramadhan bukan bermakna umat Islam disuruh berpuasa dari melakukan aktiviti harian. Aktiviti harian yang lain tetap berjalan seperti biasa. Jangan jadikan alasan letih kerana aktiviti harian begitu padat untuk tidak berpuasa. Manakala di malam hari, umat Islam digalakkan menunaikan solat terawih, memenuhi rumah-rumah ALLAH,berqiamulail, bertadarus Al-Quran dan bersahur. ALLAH memperhebatkan bulan Ramadhan ini dengan malam Lailatu Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Ayuh! Jangan lepaskan peluang ini. Peluang yang tiada bandingannya dengan tawaran-tawaran lain di dunia. Hiasilah Ramadhan ini dengan amalan-amalan yang disukai oleh ALLAH dan Rasul-Nya.

Semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini dapat bertambahlah keimanan kita kepada ALLAH SWT.. Rebutlah peluang untuk membuat kebaikan di bulan yang mulia ini.. Mungkin kita tidak akan dapat bertemu kembali dengan Ramdhan yang akan datang. Siapa tahu??
HARAPAN RAMADHAN
(Raihan & Man Bai)
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan N
afsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan
Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Sunday, July 19, 2009

~[S][E][L][A][M][A][T] [B][E][R][J][U][A][N][G]~

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya
Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Iakan selamanya
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi ku akur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita



Tuesday, June 9, 2009

TAHNIAH DAN SELAMAT BERJUANG..


Salam ukhuwah..

Hari berganti hari,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun..

Antara sedar atau tidak sudah lama kita meninggalkan zaman persekolahan..

Zaman yang penuh dengan suka dan duka..

Zaman yang mengajar kita erti sahabat dan remaja..

dan bila zaman itu berlalu,. nescaya ia xkan kembali lagi..

Masa ini jua membawa kita kepada haluan masing2..

Mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali dalam tempat sekecil bilik darjah..

Dimana kita belajar dan bergurau senda..

Moga satu hari nanti kita akan dipertemukan kembali..InsyaAllah..


Tahniah buat pelajar2 tesmal yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti dalam mahupun luar negara..

Dimana jua kita berada, haruslah ingat untuk menjaga sahsiah diri sebagai muslim..

Semoga teman2 dapat belajar dengan baik dan wish u all good luck..

pepatah arab ada berkata'utlubu ilmi minal mahdi ila lahdi'..

Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad..

InsyaAllah..

Wednesday, May 13, 2009

[M][A][T][I] itu pasti, [H][I][D][U][P] insyaALLAH...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Dalam kegembiraan jita menjalani kehidupan seharian, tanpa kita sedari, kita kehilangan orang yang kita kenali.. Hidup dan mati ditangan ALLAH SWT... Umur bukan menjadi penghalang kepada kematian seseorang... Tua @ muda, bila sampai masa ajal tiba, maka diangkatlah rohnya bertemu Sang Pencipta... Salah seorang pelajar kita (senior,spm07) telah kembali kerahmatullah... Nur Izati Abd Razak... Beliau dikatakan meninggal dunia kerana kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai dalam perjalanan pulang dari melawat atuknya yang telah meninggal dunia.. Semoga rohnya aman dan bahagia di alam barzakh sana... Mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan bila-bila kita pula yang akan dipanggil menghadap Ilahi... Siapa tahu kan?? " KULLUN NAFSIN ZAIKATUL MAUT " ...
Al-fatihah...


AJAL JENGAH JENAZAH ATUK

PEKAN: Hajat dua beradik pulang untuk menghadiri majlis pengebumian datuk mereka yang meninggal dunia lewat petang kelmarin berakhir tragedi apabila seorang maut selepas kereta dinaiki terhumban ke dalam Sungai Tanjung Batu di Kilometer 36, Jalan Pekan-Nenasi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Nur Izzati Abd Razak, 19, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dipandu kakaknya, Nur Elina, 26, terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi jambatan sebelum terhumban ke dalam sungai berkenaan.

Bagaimanapun, Nur Elina hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu dari Mersing, Johor untuk menghadiri majlis pengebumian datuk mereka, tengah hari semalam.

Bapa mangsa, Abd Razak Abu Bakar, 60, berkata dia menerima kejadian itu dengan reda walaupun kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh selang sehari.

“Belum sempat datuknya dikebumikan, arwah pula pergi meninggalkan kami, namun tetap menerima kejadian ini sebagai dugaan Allah.

“Mujur, seorang lagi anak saya hanya mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital. Walaupun, keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih lagi trauma dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HP.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu Izzati kelmarin sebelum arwah bertolak mengikut kakaknya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Tenggaroh 1, Mersing.

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu baru saja menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah, awal tahun ini dan kini sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti.

Malah, Abd Razak berkata, anaknya dikatakan tidak menunjukkan tanda pelik, cuma agak ceria ketika bersarapan bersama di sebuah warung sebelum arwah bertolak ke Mersing, pagi kelmarin.

“Kira-kira jam 5 petang kelmarin, saya menghubungi memaklumkan kematian datuk dan dua beradik bercadang bertolak pulang ke Kemaman pada sebelah malam.

“Namun, kami sekeluarga membantah dan menyuruh mereka pulang pada waktu siang kerana bimbang jika memandu dalam cuaca gelap. Namun kepulangan mereka membawa satu lagi berita sedih buat kami sekeluarga,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kejadian itu dan mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas kereta berkenaan terjunam ke dalam sungai, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Difahamkan, selepas terjatuh ke dalam sungai, kereta dinaiki dua beradik itu terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas sebelum dikeluarkan orang awam.

(Harian Metro, Khamis,14 Mei 2009)

Monday, May 11, 2009

fRenz is preciOus



So we talked about the rest of our lives..
where are we going to be when we reach twenty five..
i keep thinking this will never gonna change,
keep on thinking things will always be the same..
but when we leave this year,we won't be coming back..
won't be here anymore coz we are on different tracks..
if you have nothing you need to say.,you won't have another day..
these memories are playing like a film without sounds..
i don't know much of LOVE but it came too soon..
stayed all nite talking on the phone..,
and this is how it feels.,as we go on..
we remamba all the times we had together,.
and as our lives change from whatever,.
we will still be friends forever..what are we going to be,.
we make big money.,when we look back.,
will our jokes still be funny,.will we still remember everything,.
we learn in school.,trying to break every single rule.,
i keep thinking things will never end..
but suddenly it's like we are all women and men..
and this is how it feels...

GooD lUck


Assalamualaikum...
Salam ukhuwah dan semoga hari2 anda semua dirahmati olehNya selalu..

hari ini merupakan hari yang bersejarah buat pelajar-pelajar lepasan spm 2008..
setelah lama 'bercuti' di rumah,..
mereka akan meneruskan lagi perjuangan sebagai seorang pelajar...
tanggal 11 Mei,..
mereka akan menjadi seorang pelajar di kolej matrikulasi...
Buat batch2 spm 08,..
cOngrats and gudluck..,
semoga kita semua dpt mengharungi semua cabaran yang mendatang dengan hati yang tabah dan penuh keazaman...

Friday, May 1, 2009

KATA ALU-ALUAN MODERATOR


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah

Alhamdulillah setelah berbincang dan mencapai kata putus, akhirnya terbina jua sebuah blog khas alumni TESMAL. Tidak lain tidak bukan tujuan blog ini dibina ialah mengumpul para pelajar TESMAL khususnya bekas pelajar. Hal ini supaya silaturrahim dan hubungan sesama pelajar tidak terputus walau ke mana sahaja pelajar-pelajar TESMAL menempatkan diri setelah tamat sekolah di TESMAL.
Selain itu, blog ini juga bertujuan memberi informasi dan maklumat mengenai alumni/perjumpaan yang bakal diadakan sama ada diadakan mengikut tahun, kelas, persatuan, kelab, rumah sukan dan lain-lain.

Oleh yang demikian, kami sangat mengalu-alukan mana- mana pelajar yang ingin menghebahkan sebarang alumni/perjumpaan mengikut perancangan masing-masing agar menghubungi kami. Mana-mana perjumpaan yang telah diadakan juga boleh dikongsi di blog kami ini. Hal ini supaya perjumpaan yang telah diadakan ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar lain yang ingin mengadakan alumni.

Selain itu, kami juga menghargai sebarang cadangan dan kritikan membina terhadap blog ini agar segala intipati dan penghasilan ’post’2 di blog ini dapat memuaskan hati semua pihak.
Akhir kata, sebarang pertanyaan, cadangan, maklumat dan komen bolehlah dihantar ke laman blog ini atau kepada emel ini; alumni_tesmal04@yahoo.com . Sila nyatakan nama penuh dan emel setelah menghantar komen @ maklumat. Jika tidak, anda tidak akan dilayan.
Sekian, terima kasih


P/S : SILA HEBAHKAN LAMAN BLOG INI KEPADA RAKAN-RAKAN TESMAL ANDA YANG LAIN. UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ANDA SEKIRANYA ANDA BERBUAT DEMIKIAN.

Thursday, April 30, 2009

LATAR BELAKANG TESMAL


LATAR BELAKANG TESMAL


Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam/Terengganu Elite School Mak Lagam (TESMAL) terletak kira-kira 7 km dari pusat bandar Chukai dan mula dibina pada 2001 serta siap sepenuhnya pada 21 Oktober 2003. Sekolah yang dibina di atas keluasan tapak 16 ekar ini berkonsepkan sekolah bestari.


Sekolah yang mula dibuka pada 1 Januari 2004 ini diterajui oleh Pn Nong Shamsiah bt Mukhtar Affendi selaku Pengetua di samping 22 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Dengan bermulanya pendaftaran pelajar pada 28 Februari 2004, satu catatan sejarah baru telah bermula di TESMAL.


Matlamat asal penubuhannya adalah sebagai sekolah harian biasa. Walaubagaimanapun, hasrat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kemaman yang ingin mewujudkan sebuah sekolah terbilang yang menempatkan pelajar cemerlang 5A dalam UPSR telah mendorong penukaran status sekolah ini kepada sekolah kawalan daerah Kemaman. Langkah ini merupakan kesinambungan kecemerlangan pelajar dalam UPSR di Negeri Terengganu. Kecemerlangan ini akan berterusan hingga ke peringkat PMR dan SPM. Oleh yang demikian, TESMAL berazam merealisasikan hasrat tersebut.
rujukan : majalah AMAL 2005