Wednesday, May 13, 2009

[M][A][T][I] itu pasti, [H][I][D][U][P] insyaALLAH...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Dalam kegembiraan jita menjalani kehidupan seharian, tanpa kita sedari, kita kehilangan orang yang kita kenali.. Hidup dan mati ditangan ALLAH SWT... Umur bukan menjadi penghalang kepada kematian seseorang... Tua @ muda, bila sampai masa ajal tiba, maka diangkatlah rohnya bertemu Sang Pencipta... Salah seorang pelajar kita (senior,spm07) telah kembali kerahmatullah... Nur Izati Abd Razak... Beliau dikatakan meninggal dunia kerana kereta yang dinaiki terbabas ke dalam sungai dalam perjalanan pulang dari melawat atuknya yang telah meninggal dunia.. Semoga rohnya aman dan bahagia di alam barzakh sana... Mungkin esok, lusa, tulat, minggu depan, bulan depan, tahun depan dan bila-bila kita pula yang akan dipanggil menghadap Ilahi... Siapa tahu kan?? " KULLUN NAFSIN ZAIKATUL MAUT " ...
Al-fatihah...


AJAL JENGAH JENAZAH ATUK

PEKAN: Hajat dua beradik pulang untuk menghadiri majlis pengebumian datuk mereka yang meninggal dunia lewat petang kelmarin berakhir tragedi apabila seorang maut selepas kereta dinaiki terhumban ke dalam Sungai Tanjung Batu di Kilometer 36, Jalan Pekan-Nenasi, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Nur Izzati Abd Razak, 19, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dipandu kakaknya, Nur Elina, 26, terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi jambatan sebelum terhumban ke dalam sungai berkenaan.

Bagaimanapun, Nur Elina hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu dari Mersing, Johor untuk menghadiri majlis pengebumian datuk mereka, tengah hari semalam.

Bapa mangsa, Abd Razak Abu Bakar, 60, berkata dia menerima kejadian itu dengan reda walaupun kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh selang sehari.

“Belum sempat datuknya dikebumikan, arwah pula pergi meninggalkan kami, namun tetap menerima kejadian ini sebagai dugaan Allah.

“Mujur, seorang lagi anak saya hanya mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital. Walaupun, keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih lagi trauma dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HP.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu Izzati kelmarin sebelum arwah bertolak mengikut kakaknya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Tenggaroh 1, Mersing.

Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu baru saja menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah, awal tahun ini dan kini sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti.

Malah, Abd Razak berkata, anaknya dikatakan tidak menunjukkan tanda pelik, cuma agak ceria ketika bersarapan bersama di sebuah warung sebelum arwah bertolak ke Mersing, pagi kelmarin.

“Kira-kira jam 5 petang kelmarin, saya menghubungi memaklumkan kematian datuk dan dua beradik bercadang bertolak pulang ke Kemaman pada sebelah malam.

“Namun, kami sekeluarga membantah dan menyuruh mereka pulang pada waktu siang kerana bimbang jika memandu dalam cuaca gelap. Namun kepulangan mereka membawa satu lagi berita sedih buat kami sekeluarga,” katanya sebak.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kejadian itu dan mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas kereta berkenaan terjunam ke dalam sungai, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Difahamkan, selepas terjatuh ke dalam sungai, kereta dinaiki dua beradik itu terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas sebelum dikeluarkan orang awam.

(Harian Metro, Khamis,14 Mei 2009)

Monday, May 11, 2009

fRenz is preciOus



So we talked about the rest of our lives..
where are we going to be when we reach twenty five..
i keep thinking this will never gonna change,
keep on thinking things will always be the same..
but when we leave this year,we won't be coming back..
won't be here anymore coz we are on different tracks..
if you have nothing you need to say.,you won't have another day..
these memories are playing like a film without sounds..
i don't know much of LOVE but it came too soon..
stayed all nite talking on the phone..,
and this is how it feels.,as we go on..
we remamba all the times we had together,.
and as our lives change from whatever,.
we will still be friends forever..what are we going to be,.
we make big money.,when we look back.,
will our jokes still be funny,.will we still remember everything,.
we learn in school.,trying to break every single rule.,
i keep thinking things will never end..
but suddenly it's like we are all women and men..
and this is how it feels...

GooD lUck


Assalamualaikum...
Salam ukhuwah dan semoga hari2 anda semua dirahmati olehNya selalu..

hari ini merupakan hari yang bersejarah buat pelajar-pelajar lepasan spm 2008..
setelah lama 'bercuti' di rumah,..
mereka akan meneruskan lagi perjuangan sebagai seorang pelajar...
tanggal 11 Mei,..
mereka akan menjadi seorang pelajar di kolej matrikulasi...
Buat batch2 spm 08,..
cOngrats and gudluck..,
semoga kita semua dpt mengharungi semua cabaran yang mendatang dengan hati yang tabah dan penuh keazaman...

Friday, May 1, 2009

KATA ALU-ALUAN MODERATOR


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah

Alhamdulillah setelah berbincang dan mencapai kata putus, akhirnya terbina jua sebuah blog khas alumni TESMAL. Tidak lain tidak bukan tujuan blog ini dibina ialah mengumpul para pelajar TESMAL khususnya bekas pelajar. Hal ini supaya silaturrahim dan hubungan sesama pelajar tidak terputus walau ke mana sahaja pelajar-pelajar TESMAL menempatkan diri setelah tamat sekolah di TESMAL.
Selain itu, blog ini juga bertujuan memberi informasi dan maklumat mengenai alumni/perjumpaan yang bakal diadakan sama ada diadakan mengikut tahun, kelas, persatuan, kelab, rumah sukan dan lain-lain.

Oleh yang demikian, kami sangat mengalu-alukan mana- mana pelajar yang ingin menghebahkan sebarang alumni/perjumpaan mengikut perancangan masing-masing agar menghubungi kami. Mana-mana perjumpaan yang telah diadakan juga boleh dikongsi di blog kami ini. Hal ini supaya perjumpaan yang telah diadakan ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar lain yang ingin mengadakan alumni.

Selain itu, kami juga menghargai sebarang cadangan dan kritikan membina terhadap blog ini agar segala intipati dan penghasilan ’post’2 di blog ini dapat memuaskan hati semua pihak.
Akhir kata, sebarang pertanyaan, cadangan, maklumat dan komen bolehlah dihantar ke laman blog ini atau kepada emel ini; alumni_tesmal04@yahoo.com . Sila nyatakan nama penuh dan emel setelah menghantar komen @ maklumat. Jika tidak, anda tidak akan dilayan.
Sekian, terima kasih


P/S : SILA HEBAHKAN LAMAN BLOG INI KEPADA RAKAN-RAKAN TESMAL ANDA YANG LAIN. UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ANDA SEKIRANYA ANDA BERBUAT DEMIKIAN.