Friday, May 1, 2009

KATA ALU-ALUAN MODERATOR


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t dan salam ukhwah

Alhamdulillah setelah berbincang dan mencapai kata putus, akhirnya terbina jua sebuah blog khas alumni TESMAL. Tidak lain tidak bukan tujuan blog ini dibina ialah mengumpul para pelajar TESMAL khususnya bekas pelajar. Hal ini supaya silaturrahim dan hubungan sesama pelajar tidak terputus walau ke mana sahaja pelajar-pelajar TESMAL menempatkan diri setelah tamat sekolah di TESMAL.
Selain itu, blog ini juga bertujuan memberi informasi dan maklumat mengenai alumni/perjumpaan yang bakal diadakan sama ada diadakan mengikut tahun, kelas, persatuan, kelab, rumah sukan dan lain-lain.

Oleh yang demikian, kami sangat mengalu-alukan mana- mana pelajar yang ingin menghebahkan sebarang alumni/perjumpaan mengikut perancangan masing-masing agar menghubungi kami. Mana-mana perjumpaan yang telah diadakan juga boleh dikongsi di blog kami ini. Hal ini supaya perjumpaan yang telah diadakan ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar lain yang ingin mengadakan alumni.

Selain itu, kami juga menghargai sebarang cadangan dan kritikan membina terhadap blog ini agar segala intipati dan penghasilan ’post’2 di blog ini dapat memuaskan hati semua pihak.
Akhir kata, sebarang pertanyaan, cadangan, maklumat dan komen bolehlah dihantar ke laman blog ini atau kepada emel ini; alumni_tesmal04@yahoo.com . Sila nyatakan nama penuh dan emel setelah menghantar komen @ maklumat. Jika tidak, anda tidak akan dilayan.
Sekian, terima kasih


P/S : SILA HEBAHKAN LAMAN BLOG INI KEPADA RAKAN-RAKAN TESMAL ANDA YANG LAIN. UCAPAN JUTAAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ANDA SEKIRANYA ANDA BERBUAT DEMIKIAN.

No comments: