Sunday, October 25, 2009
Pelajar : Cikgu, macam mana nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?Macam mana juga kasih yang itu nak kekal?
Cikgu : Baiklah, kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke padang.Jalan terus sambil pandang rumput di hadapan kamu.Petik yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang walau sekalipun.Sudah petik rumput tu, bawa ke kelas.
Bila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.
Cikgu : Kenapa tiada rumput yang dipetik?
Pelajar : Macam yang cikgu suruh, saya jalan terus ke hadapan sambil mencari rumput yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi.Tapi, sampai di hujung padang itupun, saya masih tidak menjumpai rumput yang PALING cantik.Mungkin ada di antara yang dibelakang saya tadi rumput yang PALING cantik. Tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang lagi.Jadi tak adalah rumput yang boleh saya petik.
Cikgu : Ya, itulah jawapannya.Maknanya, bila kita sudah jumpa seseorang yang kita sayang, janganlah lagi kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita sepatutnya menghargainya sebaik-baiknya.Janganlah menoleh ke belakang lagi kerana yang belaku tetap dah belaku.Dan ingatlah orang yang PALING kita sayang itulah yang PALING cantik dan PALING baik.Walaupun kalau nak diikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti kisah rumput tersebut...
Thursday, October 1, 2009
sAlam sYawaL...!!!
Madrasah Ramdhan yg penuh brakah telah pn berlalu,syawal pula mnjelma..
smoga amaln kte di bulan Ramadhan dtrima Allah, dan mndpt kberkatn serta rahmat dr-Nya..InsyaAllah.
hA!msh bElum terlambt lg utk kmi mngucapkan,
"Slamat mNyamBut hAri rAya AidiLfitri...!! mAaF zHir & bAtiN.."
bwt sume warga tesmal..
Saturday, August 15, 2009
RAMADHAN YANG DINANTIKAN
Sunday, July 19, 2009
~[S][E][L][A][M][A][T] [B][E][R][J][U][A][N][G]~
Tuesday, June 9, 2009
TAHNIAH DAN SELAMAT BERJUANG..
Wednesday, May 13, 2009
[M][A][T][I] itu pasti, [H][I][D][U][P] insyaALLAH...
AJAL JENGAH JENAZAH ATUK
PEKAN: Hajat dua beradik pulang untuk menghadiri majlis pengebumian datuk mereka yang meninggal dunia lewat petang kelmarin berakhir tragedi apabila seorang maut selepas kereta dinaiki terhumban ke dalam Sungai Tanjung Batu di Kilometer 36, Jalan Pekan-Nenasi, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Nur Izzati Abd Razak, 19, meninggal dunia di tempat kejadian apabila kereta dipandu kakaknya, Nur Elina, 26, terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi jambatan sebelum terhumban ke dalam sungai berkenaan.
Bagaimanapun, Nur Elina hanya cedera ringan dan dihantar ke Hospital Pekan (HP) untuk rawatan lanjut.
Ketika kejadian, dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kemaman, Terengganu dari Mersing, Johor untuk menghadiri majlis pengebumian datuk mereka, tengah hari semalam.
Bapa mangsa, Abd Razak Abu Bakar, 60, berkata dia menerima kejadian itu dengan reda walaupun kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh selang sehari.
“Belum sempat datuknya dikebumikan, arwah pula pergi meninggalkan kami, namun tetap menerima kejadian ini sebagai dugaan Allah.
“Mujur, seorang lagi anak saya hanya mengalami kecederaan dan kini dirawat di hospital. Walaupun, keadaannya dilaporkan stabil tetapi masih lagi trauma dengan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat HP.
Menurutnya, kali terakhir dia bertemu Izzati kelmarin sebelum arwah bertolak mengikut kakaknya yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Tenggaroh 1, Mersing.
Katanya, anak bongsu daripada empat beradik itu baru saja menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah, awal tahun ini dan kini sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti.
Malah, Abd Razak berkata, anaknya dikatakan tidak menunjukkan tanda pelik, cuma agak ceria ketika bersarapan bersama di sebuah warung sebelum arwah bertolak ke Mersing, pagi kelmarin.
“Kira-kira jam 5 petang kelmarin, saya menghubungi memaklumkan kematian datuk dan dua beradik bercadang bertolak pulang ke Kemaman pada sebelah malam.
“Namun, kami sekeluarga membantah dan menyuruh mereka pulang pada waktu siang kerana bimbang jika memandu dalam cuaca gelap. Namun kepulangan mereka membawa satu lagi berita sedih buat kami sekeluarga,” katanya sebak.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman, mengesahkan kejadian itu dan mangsa meninggal dunia akibat lemas selepas kereta berkenaan terjunam ke dalam sungai, namun siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Difahamkan, selepas terjatuh ke dalam sungai, kereta dinaiki dua beradik itu terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas sebelum dikeluarkan orang awam.
(Harian Metro, Khamis,14 Mei 2009)
Monday, May 11, 2009
fRenz is preciOus
where are we going to be when we reach twenty five..
i keep thinking this will never gonna change,
keep on thinking things will always be the same..
but when we leave this year,we won't be coming back..
won't be here anymore coz we are on different tracks..
if you have nothing you need to say.,you won't have another day..
these memories are playing like a film without sounds..
i don't know much of LOVE but it came too soon..
stayed all nite talking on the phone..,
and this is how it feels.,as we go on..
we remamba all the times we had together,.
and as our lives change from whatever,.
we will still be friends forever..what are we going to be,.
we make big money.,when we look back.,
will our jokes still be funny,.will we still remember everything,.
we learn in school.,trying to break every single rule.,
i keep thinking things will never end..
but suddenly it's like we are all women and men..
and this is how it feels...
GooD lUck
Assalamualaikum...
Salam ukhuwah dan semoga hari2 anda semua dirahmati olehNya selalu..
hari ini merupakan hari yang bersejarah buat pelajar-pelajar lepasan spm 2008..
setelah lama 'bercuti' di rumah,..
mereka akan meneruskan lagi perjuangan sebagai seorang pelajar...
tanggal 11 Mei,..
mereka akan menjadi seorang pelajar di kolej matrikulasi...
Buat batch2 spm 08,..
cOngrats and gudluck..,
semoga kita semua dpt mengharungi semua cabaran yang mendatang dengan hati yang tabah dan penuh keazaman...
Friday, May 1, 2009
KATA ALU-ALUAN MODERATOR
Alhamdulillah setelah berbincang dan mencapai kata putus, akhirnya terbina jua sebuah blog khas alumni TESMAL. Tidak lain tidak bukan tujuan blog ini dibina ialah mengumpul para pelajar TESMAL khususnya bekas pelajar. Hal ini supaya silaturrahim dan hubungan sesama pelajar tidak terputus walau ke mana sahaja pelajar-pelajar TESMAL menempatkan diri setelah tamat sekolah di TESMAL.
Oleh yang demikian, kami sangat mengalu-alukan mana- mana pelajar yang ingin menghebahkan sebarang alumni/perjumpaan mengikut perancangan masing-masing agar menghubungi kami. Mana-mana perjumpaan yang telah diadakan juga boleh dikongsi di blog kami ini. Hal ini supaya perjumpaan yang telah diadakan ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar lain yang ingin mengadakan alumni.
Selain itu, kami juga menghargai sebarang cadangan dan kritikan membina terhadap blog ini agar segala intipati dan penghasilan ’post’2 di blog ini dapat memuaskan hati semua pihak.
Akhir kata, sebarang pertanyaan, cadangan, maklumat dan komen bolehlah dihantar ke laman blog ini atau kepada emel ini; alumni_tesmal04@yahoo.com . Sila nyatakan nama penuh dan emel setelah menghantar komen @ maklumat. Jika tidak, anda tidak akan dilayan.
Sekian, terima kasih
Thursday, April 30, 2009
LATAR BELAKANG TESMAL
Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam/Terengganu Elite School Mak Lagam (TESMAL) terletak kira-kira 7 km dari pusat bandar Chukai dan mula dibina pada 2001 serta siap sepenuhnya pada 21 Oktober 2003. Sekolah yang dibina di atas keluasan tapak 16 ekar ini berkonsepkan sekolah bestari.
Sekolah yang mula dibuka pada 1 Januari 2004 ini diterajui oleh Pn Nong Shamsiah bt Mukhtar Affendi selaku Pengetua di samping 22 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Dengan bermulanya pendaftaran pelajar pada 28 Februari 2004, satu catatan sejarah baru telah bermula di TESMAL.